~ empireazlayan.blogspot.com ~

~ empireazlayan.blogspot.com ~

Isnin, 11 Februari 2013

Tips tidur lena


RAMAI antara kita yang sering berhadapan dengan masalah bagaimana untuk mendapatkan tidur yang lena dan nyenyak pada waktu malam.
Masalah susah tidur ini merupakan suatu fenomena yang tidak asing lagi bagi masyarakat kita. Dan ini sebenarnya menjadi salah satu sebab utama faktor kemurungan dan keletihan pada keesokan harinya.
Hari ini saya kongsikan 6 tips mudah untuk anda yang berhadapan dengan masalah ini.
  1. Langkah pertama ialah amalkanlah untuk keluar menikmati cahaya matahari di awal pagi. Ini dapat membantu menyelaraskan kembali sistem badan anda dan seterusnya membolehkan anda tidur lena pada waktu malam.
  2. Elakkan juga daripada mendapat cahaya yang terang terutamanya pada waktu malam. Ini kerana cahaya terang boleh mengganggu pengeluaran hormon melatonin.
  3. Cubalah dapatkan suasana yang baik dan kondusif untuk tidur. Tak semestinya mewah, tapi cukup andai ianya membuatkan anda berasa selesa. Pastikan bilik tidur anda berada pada keadaan nyaman dan sejuk, elakkan juga daripada dimasuki terlalu banyak cahaya.
  4. Nombor empat ni pun penting. Cuba elakkan daripada berpeluh sebelum tidur. Jika cuaca agak panas, jangan bersenam selepas pukul enam petang kerana ini boleh menaikkan lagi suhu badan anda.
  5. Menurut Dr. Ian Smith daripada Papworth Hospital di Cambridge, cahaya biru daripada skrin komputer atau telefon bimbit boleh menurunkan paras melatonin dan menyebabkan anda semakin sukar untuk tidur. Justeru,elakkan daripada melayari komputer terlalu kerap khususnya beberapa minit sebelum tidur.
  6. Langkah yang terakhir ialah kurangkan pengambilan kafein seperti minuman ringan, kopi, coklat, teh dan sebagainya. Kalau boleh, elakkan sama sekali selepas waktu tengahari.

0 ulasan:

Catat Ulasan


INFO TERKINI

Terdapat Info Terkini Dan Terbaru Di Tajuk2 Blog Ini....
Klik Dibawah ------->>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

 
Sumber: http://davotmarbun.blogspot.com/2011/11/cara-membuat-tombol-next-page-pada-blog.html#ixzz2XRNxWAPP