~ empireazlayan.blogspot.com ~

~ empireazlayan.blogspot.com ~

Khamis, 24 Januari 2013

Empire

BLUE EMPIRE TEAM
Together Everyone Achieves More













HUBUNGI KAMI
Untuk Pertanyaan Berkenaan Produk Dan Pemasaran:

Tel : 0175369727 / 0142368223 

Lan / Azie

Apakah Maksud USAHAWAN Dan KEUSAHAWANAN?

USAHAWAN DAN KEUSAHAWANAN



Ia bukan magik, bukan misteri dan tidak ada kena mengena dengan baka. Keusahawanan adalah disiplin dan boleh dipelajari.”

Peter F. Drucker
Perkataan ‘entrepreneur’ datang dari perkataan bahasa Perancis “entrepredre” yang bermakna “to undertake”. Dalam bahasa Melayu ianya boleh dimaksudkan sebagai “untuk mengambil alih”.

Keusahawanan

Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar di dalam ‘equity’, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia adalah proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan, psikologi dan sosial. Dan menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasaan peribadi dan kebebasan.

Terdapat empat aspek asas di dalam keusahawanan:
1) 1)Keusahawanan terlibat di dalam mencipta sesuatu proses yang baru. Penciptaan tersebut mestilah mempunyai nilai kepada usahawan dan pasaran dimana proses tersebut dibangunkan.
2) 2)Keusahawanan memerlukan kesetiaan(ketaatan) terhadap masa dan usaha yang dilakukan.
3) 3)Keusahawanan adalah individu yang sanggup menerima berbagai risiko di dalam bidang perniagaan masing-masing terutama dari aspek kewangan, psikologi dan sosial.
4) 4) Keusahawan menerima banyak ganjaran apabila menjadi seorang usahawan. Ganjaran utama adalah kebebasan (independence), diikuti oleh kepuasan peribadi dan seterusnya keuntungan. Pada sesetengah usahawan, duit menunjukkan simbol kejayaan.

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan keusahawanan sebagai suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar (environment) dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan kelembagaan (institution).

Siapakah Usahawan?

Usahawan adalah perintis (pelopor) kepada kejayaan perniagaan hari ini. Mereka ini mengesan peluang yang ada, membawa kepada pendapat baru (innovate) dan prestasi yang baik menjadi satu piawai di dalam era ‘free enterprise”.

Scaborough dan Zimmerer (1988) mendefinasikan usahawan sebagai:
“Seorang yang mencipta suatu perniagaan baru dan menghadapi suatu keadaan yang tidak pasti demi untuk memperolehi keuntungan dan pertumbuhan (perkembangan) dengan mengenal pasti peluang dan menyediakan sumber untuk mencapainya. Usahawan selalunya bermula hanya dengan idea yang ada dan selalunya idea yang mudah dan menyediakan sumber yang perlu untuk memindahkan idea tersebut kepada perniagaan yang bersesuaian.”

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan usahawan sebagai:
“Seorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko di dalam perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan carian dengan maksud tertentu, perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila membuat sebarang proses perniagaan. Dengan optimistik dan komited, usahawan bekerja dengan kreatif untuk memperolehi sumber baru dan memperbaharui sumber yang lama kepada kapasiti yang baru, semua ini hanya bertujuan untuk mencipta keuntungan.”

(entrepreneurial = dgn pengusaha, tetapi aku terjemahkan kepada perniagaan)

Hari ini, usahawan adalah seorang invator (penemu cara baru) atau seorang ahli perniagaan yang mencari(mengenal pasti) dan meraih peluang yang ada; menukar peluang tersebut menjadi idea yang dapat dilaksanakan atau dapat dijual; menambah nilai; usaha; duit, kecekapan; mengambil risiko dengan terhadap persaingan di pasaran apabila melaksanakan idea tersebut dan menyedari ganjaran yang akan diperolehi hasil dari usaha tersebut.

Kepentingan Keusahawanan

Keusahawanan adalah penting di dalam dunia hari ini. Ia menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Peranan keusahawanan di dalam pembangunan ekonomi bukan setakat meningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan. Ia juga melibatkan perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat. Perubahan ini disertai oleh pertumbuhan dan peningkatan pengeluaran. Satu teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan inovasi(pembaharuan) adalah kunci utama kepada perkembangan ekonomi di dalam membina produk atau perkhidmatan baru di dalam pasaran. Aktiviti pembaharuan (inovasi) juga menjadi pendorong para pemodal (pelabur) untuk melabur di dalam peluang baru yang dicipta. Keusahawanan melalui proses pembaharuan (inovasi) mencipta pelaburan baru di dalam dunia perniagaan, di mana ia akan menyebabkan ekonomi berkembang, pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar pengangguran.

Keusahawanan melalui proses kreativiti dan innovasi mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia. Ia menyediakan produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. Di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baik, mereka akan mencari kaedah yang lebih baik untuk memaksimakan sumber dan mengurangkan pembaziran. Dengan ini, masyarakat akan mendapat produk (barangan) dan perkhidmatan yang lebih baik pada harga yang lebih murah.

Keusahawanan membantu memperbaiki kehidupan berjuta-juta manusia melalui produk dan perkhidmatan baru yang diperkenalkan kepada pasaran. Keusahawanan adalah individu yang bukan sahaja mencipta kekayaan tetapi turut sama mendorong pembahagian kekayaan.

Mitos (dongeng) Mengenai Keusahawanan

Terdapat banyak mitos mengenai keusahawanan. Mitos ini terjadi kerana kurangnya kajian yang dilakukan terhadap keusahawanan. Kuratko dan Hodgetts (2004) telah membicarakan 10 mitos keusahawanan.

Mitos (dongeng) Fakta
Usahawan adalah seorang yang bertindak/berbuat sesuatu, bukan seorang pemikir Walaupun usahawan lebih kepada aksi, mereka juga merupakan seorang pemikir. Mereka selalunya merancang sesuatu dengan teliti. Malah selalunya menyediakan pelan alternatif sekiranya pelan yang asal mengalami kegagalan. Ini menunjukkan usahawan adalah seorang pemikir dan pelaksana (doers)
Usahawan dilahirkan secara semula jadi, tidak boleh dicipta Kebanyakkan usahawan dan bukan usahawan mengatakan ciri-ciri usahawan tidak boleh diajar dan dipelajari. Mereka mengatakan siri usahawan adalah secara semula jadi. Tetapi kajian telah membuktikan usahawan boleh diajar dan dipelajari. Keusahawanan mempunyai model, proses dan terdapat kajian kes yang membolehkan topik tersebut dipelajari
Usahawan selalunya seorang pencipta Walaupun banyak pencipta adalah juga usahawan, namun terdapat banyak usahawan yang berjaya bukannya pencipta. Sebagai contoh Ray Kroc bukan pencipta francise untuk makanan segera, tetapi idea inovatif beliau telah menjadikan McDonald sebuah syarikat makanan segera terbesar di dunia. Kejayaan usahawan bergantung kepada idea kreatif dan inovatif di dalam kerja yang dilakukan dan ciri-ciri ini boleh dipelajari
Usahawan adalah bersifat akademik dan merupakan seorang yang tidak dapat menyesuaikan diri (anti sosial) Kepercayaan ini timbul kerana adanya peniaga yang menjadi usahawan berjaya setelah berhenti dari sekolah atau berhenti dari kerja. Menurut sejarah, pendidikan dan organisasi sosial tidak mengesahkan (recognise) usahawan. Hari ini, usahawan tidak lagi dianggap sebagai seorang yang tidak dapat menyesuaikan diri. Usahawan kini dilihat sebagai seorang profesional.
Keusahawanan mesti sepadan (fit) dengan “Profile” Terdapat banyak buku dan artikel yang menyenaraikan ciri-ciri usahawan yang berjaya. Senarai ini sama ada tidak disahkan ataupun tidak lengkap; ia hanya berdasarkan kepada kajian kes yang dilakukan ke atas orang yang telah berjaya. Hari ini, kita sedar untuk mencapai profil 100% seorang usahawan adalah perkara mustahil. Kebanyakkan usahawan yang berjaya hari ini tidak mempunyai kesemua ciri-ciri profil apabila memulakan perniagaan
Kesemua usahawan memerlukan wang Ia adalah benar, semua peniagaan memerlukan kapital untuk hidup. Ia juga adalah benar, kebanyakkan punca kegagalan perniagaan adalah ketidak cukupan pembiayaan. Untuk usahawan, wang adalah sumber tetapi bukan semuanya bergantung kepada wang
Semua usahawan bergantung kepada nasib “berada pada tempat yang betul pada masa yang betul” merupakan suatu kelebihan. Walau bagaimanapun “Keuntungan terjadi apabila persediaan menjumpai peluang”. Apa yang penting, seorang usahawan mestilah membuat rancangan, persediaan, tekad(kepastian), keinginan, pengetahuan dan inovatif
Ke*****an (ketidaktahuan) adalah kebahagiaan (kepuasan) untuk usahawan “Terlalu banyak perancangan dan penilaian berperanan memberikan masalah yang berpanjangan”. Kenyataan ini tidak benar untuk pasaran yang bersifat persaingan. Kunci utama untuk kejayaan adalah perancangan yang teliti dan persediaaan yang mencukupi. Usahawan perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan, tetapkan masa serta sediakan rancangan untuk mengatasi sebarang masalah yang mungkin timbul dan cuba kekurangkan masalah ini dengan melalui perancangan yang teliti
Usahawan mencari kejayaan tetapi mengalami kegagalan yang tinggi. Memang benar, kebanyakkan usahawan mengalami beberapa kegagalan sebelum mereka memperolehi kejayaan. Usahawan belajar dari kegagalan sendiri serta kegagalan orang lain sebagai rujukan dan panduan mereka dimasa akan datang.
Usahawan adalah penanggung risiko yang ekstrim Risiko merupa elemen utama di dalam proses keusahawanan. Pada pandangan orang awam, kebanyakkan usahawan adalah penanggung risiko yang tinggi. Tetapi pada dasarnya, usahawan selalunya mencari informasi dan membuat perancangan sebelum melakukan sebagai aktiviti. Ini bermaksud, usahawan selalu melakukan kerja secara moderat dan mengira risiko yang akan berlaku



p/s:memang panjang tapi inilah definisi usahawan.ada lagi tapi tak muat.

Tema Sambutan Maulidur Rasul 1434 / 2013


Tema Sambutan Maulidur Rasul 1434 / 2013



Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1434 Hijrah atau tahun 2013 Masihi yang jatuh pada 12 Rabiulawal 1434 bersamaan 24 Januari 2013 (hari Khamis) ialah seperti berikut:

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH
(Tema peringkat kebangsaan)

sumber: http://www.islam.gov.my/ (Jakim)

Asal usul sambutan Maulidur Rasul - sumber klik di sini 


Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidak pernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda.

Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.

Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.

Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.

Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat Islam kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi.

Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya.

Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.

Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah.

Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang yang hidup dengan mati.

Sambutan hari lahir orang yang masih hidup sepatutnya untuk mahabbah diri, amalan yang telah dilakukan dan menginsafi diri beberapa hari lagi yang berbaki untuk hidup.

Manakala sambutan hari kelahiran untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah untuk mengambil iktibar dan teladan yang baik sebagai motivasi hidup.

Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. InsyaAllah. - Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar.

Selasa, 22 Januari 2013

Teratak Tanjong Karang ku


22 Januari aku balik ke kg halaman..aku suka bila balik sini sb pemandangan nya yg cantik...nyaman bila tgl disini...selalu ambil angin bandar tp bila ambil angin kg.........nikmat sbenarnya...hehe..
Sebenarnya rasa nak bina 1 rumah kat sini di tengah sawah,boleh hidup udara segar....hehe..tp apa kan dayakan kerja di lembah klang...
Bila kita tengok pemandangan ni sebenarnya bagus utk menghilangkan segala tekanan mahupun masalah dibandar buat seketika....:-)..so jom la kita selalu pelancong ke tempat yg indah2 di muka bumi ni,....hehehe..
Ingat Nk buat satu jalan cerita ttg kehidupan kg ni...tp nt la tggu aku ada masa....SEKIAN

Ahad, 20 Januari 2013

Majlis Penganugerahan Sm&Ssm


Majlis Penganugerahan bagi mereka yg mcapai pangkat SM & SSM iaitu bonus sebanyak 21% & 26% .....Tahniah pd yg telah naik pentas pada hari tu....suasana pd hari tu dah mcm AJL....hehe...
Bg mereka yg dapat Penganugerahan tersebut...ayuh buat sehingga pangkat seterusnya...xdapat jadi Datuk pun jadi Cdm lg bgs..hehe....


Sabtu, 19 Januari 2013

Mati semut kerana gula. Kencing manis makin kronik juga kerana gula. Amalkan Garam Buluh untuk cegah kencing manis.


Mati semut kerana gula.
Kencing manis makin kronik juga kerana gula.
Amalkan Garam Buluh untuk cegah kencing manis.


KEBERKESANAN GARAM BULUH

  • Menyingkirkan toksin dalam badan misalnya (logam berat, bahan kimia, bakteria, bahan buangan metabolisme, keracunan asid, radikal bebas).
  • Menguatkan peristalsis saluran usus, menyingkirkan najis yang lama terkumpul dalam usus.
  • Membekalkan bahan mineral dan eleman surih kepada badan manusia.
  • Menyelaraskan fungsi badan supaya sistem badan dapat beroperasi secara normal.
  • Menyelaraskan keseimbangan pH badan, mengembalikan susuk badan yang beralkali lemah.
  • Meningkatkan daya pemulihan badan. 

Garam Buluh dapat Meningkatkan Aktiviti Enzim Yang Amat Diperlukan Oleh Badan


ENZIM

Protein khusus utk memudahkan proses metabolism tubuh
Proses metabolism- member tenaga
mencerna makanan
membersihkan darah
membersihkan tubuh dari produk sisa dll

Kepentingan Enzim- tanpa enzim, vitamin tidak akan diserap kedalam system anda dan melambatkan proses metabolisma.

Dalam system pencernaan dan metabolism badan- enzim membantu dalam :
  1. Memerangi penuaan
  2. Penurunan berat badan
  3. Menurunkan cholesterol
  4. Membersihkan usus besar
  5. Menghancurkan lemak
  6. Menguatkan immune system badan
  7. Meningkatkan kekuatan mental
  8. Detoksifikasi  tubuh
  9. Membina otot dari protein
  10. Menghilangkan karbon dioksida dari paru2

Akibat kekurangan Enzim – akan mempengaruhi kesihatan seluruh tubuh. 

Maka akan timbul gejala seperti :
  • gas dalam perut (jadi  gastric)
  • gangguan pencernaan
  • kembung
  • perut kembung dan memulas
Enzim tidak bertindak pada sel-sel  hidup, tapi akan mencerna protein di sel-sel  mati dan yg tak diperlukan oleh tubuh.
Enzim dapat mengembalikan tenaga dan membina stamina, sebab itu ia amat membantu  dalam proses untuk menurunkan berat badan.

ENZIM AMAT PENTING UNTUK KESIHATAN YANG UNGGUL

Enzim boleh meningkatkan penyerapan nutrien didalam makanan anda. Ia juga menambah keberkesanan pengambilan suplemen kedalam tubuh disamping melegakan masalah penghadaman dan sakit badan. Ia membantu anda untuk menghapuskan segala benjolan hodoh yang tidak diperlukan. Enzim juga meningkatkan tenaga, menguatkan daya ketahanan badan dan dapat melanjutkan usia.


Nyahkan Toksin Dari badan Dengan Garam Buluh.

Hapuskan Toksin
Tubuh manusia berupaya menyingkirkan toksin dari badan secara semulajadi dengan bantuan organ-organ penyahtoksin (hati, kolon, buah pinggang, paru-paru, sistem limpa, kulit dan darah). 

Namun, kebanyakkan diantara kita terdedah kepada toksin pada kadar yang amat tinggi dari persekitaran. Kajian menunjukkan bahawa toksin datang dari sumber keperluan harian seperti air minuman, perisa makanan, makanan yang diproses, bahan pencuci, logam berat, karbon monoksida dan rokok. Toksin yang terkumpul ini membebankan sistem nyah toksin tubuh terutama hati dan kolon kita. 

 Kebanyakkan Makanan Kita Terdedah Kepada Toksin
  
Oleh itu di syorkan agar mengambil GARAM BULUH dalam diet harian dan dalam masakan. Ini kerana GARAM BULUH  mengandungi kandungan sulfur dan turpentin yang bersifat semulajadi, dapat meneutralkan toksin logam berat dengan berkesan.

AKIBAT DARIPADA LEBIHAN TOKSIN

Jika fungsi hati menjadi lemah akibat dari lebihan toksin, toksin ini akan mengalir semula dalam tubuh melalui sistem limpa dan saluran darah. Toksin ini akan terhimpun didalam sel-sel badan seperti sel lemak, tisu-tisu, darah, kolon, hati, otak. Dengan ini kita berisiko tinggi untuk mendapat penyakit.

Tanda-tanda badan terlebih toksin adalah
  • sakit kepala
  • keletihan badan
  • kecerdasan otak berkurangan
  • emosi tidak menentu
  • sakit-sakit badan
     

    Kolon Bertoksin dan Sembelit
Kolon (usus besar) merupakan sistem kumbahan badan dengan ukuran panjang 5 kaki. Biasanya makanan mengambil 8-10 jam selepas dimakan untuk tiba dikolon. Bila lebihan toksin terhimpun, masa untuk transit dikolon adalah lebih panjang. Akibatnya, terjadilah sembelit, perut kembung, dan etc.

GARAM BULUH dapat menghapuskan toksin-toksin dengan segera dan berkesan untuk membersihkan darah dan badan daripada  kekotoran toksin-toksin yang berbahaya.


PROSES GARAM BULUH

Proses Garam Buluh

TESTIMONI

TESTIMONI



HUBUNGI KAMI
Untuk Pertanyaan Berkenaan Produk Dan Pemasaran:

Tel : 0175369727 / 0142368223 

Lan / Azie

Helmet C-Thru : Peralatan Memadam Kebakaran visi masa depan


 

C-Thru : Peralatan Memadam Kebakaran visi masa depan 

Helmet C-Thru ciptaan Omer Haciomeroglu membantu anggota bomba untuk melihat dengan jelas dalam bangunan yang dipenuhi asap untuk melakukan misi menyelamat. Menggunakan peralatan memadam kebakaran tradisional mereka, mereka perlu untuk menjaga hubungan tangan dengan dinding atau merangkak di atas tanah sambil membawa sokongan udara berat dan peralatan tangan dipegang, ini boleh melambatkan proses menyelamat. Topi keledar ini menyediakan visi dawai bingkai geometri dalaman, dengan cara ini, anggota bomba boleh mengenal pasti persekitaran mereka dengan mudah dan mencari mangsa boleh dilakukan dengan lebih tepat. Helmet C-Thru memudahkan lapisan haba yang banyak dan perlindungan impak ke pakej perlindungan yang mudah untuk memudahkan pergerakan. Matlamat utama projek ini adalah untuk membangunkan satu cara yang tepat untuk pengguna helmet C-Thru untuk melihat dan bergerak dalam persekitaran asap tebal tanpa perlu membawa peralatan tambahan. Produk ini telah dapat untuk memudahkan perlindungan haba berlapis banyak ke dalam satu unit tunggal serta menyediakan peralatan komunikasi di kalangan penyelamat lain. Ia akan menjadi lebih mudah bagi anggota bomba untuk memakai C-Thru dalam perjalanan mereka ke tempat kejadian kebakaran. Hanya dalam kes anda tidak sedar, anggota bomba mempunyai untuk mendapatkan berpakaian dalam tempoh 90 saat sebaliknya mereka ketinggalan. Jadi, wira ini sering memakai banyak peralatan yang tidak tepat dan tidak selesa untuk tergesa-gesa untuk menyelamatkan anda. Ia boleh menjadi sangat mencabar untuk meletakkan hud pelindung dalaman, topeng muka penuh gas, topi keledar haba terlindung, hud luar, peranti pengimejan terma dan peranti komunikasi audio dalam hanya 90 saat. Helmet C-Thru boleh menjadi visi masa depan peralatan memadam kebakaran. Sebaliknya menggunakan tangan bertulis peta dan maklumat lisan, pejuang kebakaran boleh menggunakan topi keledar ini untuk menavigasi dalam dan keluar bangunan. Mereka tidak perlu merangkak di atas tanah atau menyimpan tangan di dinding untuk mencari mangsa, hanya berjalan kaki atau berlari ke arah mangsa. Sumber dari www.tuvie.com


FIRE FIGHTER- Kes di Kawasan Jagaan

Kebakaran melibatkan sebuah kereta perdana v6 parkir warna hitam..... Sg Merab Luar.



Kemalangan di km. 24 Lebuhraya MEX arah ke Kuala Lumpur. Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di tempat kejadian di bahagian pemandu dan didapati telah meninggal dunia. Pasukan Bomba telah berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan Rescue dan diserahkan kepada pihak polis.Al-Fatihah..


FIRE FIGHTER - TIP KESELAMATAN KETIKA BERLAKU KEBAKARAN


TIP KESELAMATAN KETIKA BERLAKU KEBAKARAN

Tip Keselamatan Ketika Berlaku Kebakaran




Tips-tips bagi menggelakkan kebakaran dan mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran.
Apabila Berlaku Kebakaran Patuhilah Langkah-langkah Berikut:
  1. Jangan panik. Bunyikanlah penggera untuk memberi isyarat kepada semua penghuni rumah. Selamatkanlah diri anda dan keluarga anda melalui jalan keluar yang sedia ada atau yang telah ditetapkan.
  2. Hubungilah balai bomba yang berhampiran. Berikan butir-butir lengkap mengenai lokasi rumah anda.
  3. Sementara menanti ketibaan anggota-anggota bomba, cubalah padamkan api dengan alat pemadam api. INGAT! Jangan sampai membahayakan diri anda.
Petua Untuk Menyelamatkan Diri Daripada Kebakaran Jalan Keluar



Api, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. Api memang tidak mengenal darjat penghuni dan rumah kediaman mereka. Apabila berlaku kebakaran, langkah paling penting ialah mencari jalan keluar. Oleh itu anda mestilah menegnal pasti sekurang-kurangnya dua jalan keluar di rumah anda untuk menyelamatkan diri daripada kebarakan.

Bincangkan Pelan Menyelamatkan Diri dengan Keluarga



Anda harus mengadakan perbincangan dengan keluarga anda mengenai pelan menyelamatkan diri daripada kebakaran di rumah. Pastikan seluruh keluarga anda memahami dan mengetahui apa yang perlu dibuat jika berlaku kebakaran. Adakan latihan amali di hujung minggu atau bila ada masa lapang supaya ia sentiasa dalam ingatan ahli keluarga anda.

Cuba Elakkan Penggunaan Jeriji



Cuba elakkan penggunaan jeriji besi pada tingkap dan pintu rumah anda. Jika anda terpaksa menggunakannya, pastikan jeriji tersebut boleh dibuka daripada dalam rumah dengan mudah.

Jalan Keluar Tidah Dihalang



Pastikan semua jalan keluar di rumah anda mudah dilalui dan bebas daripada sebarang halangan.

Anak Kunci Mudah Diambil



Setiap ahli keluarga mestilah tahu di mana anak kunci pintu atau jeriji biasanya disimpan. Jangan mengubah tempat menyimpan anak kunci.


Memasang Alat Pengesan Asap



Pastikan anda memasang sekurang-kurangnya satu pengesan asap di rumah untuk memberi isyarat bermulanya kebakaran. .






INFO TERKINI

Terdapat Info Terkini Dan Terbaru Di Tajuk2 Blog Ini....
Klik Dibawah ------->>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

 
Sumber: http://davotmarbun.blogspot.com/2011/11/cara-membuat-tombol-next-page-pada-blog.html#ixzz2XRNxWAPP