~ empireazlayan.blogspot.com ~

~ empireazlayan.blogspot.com ~

Isnin, 11 Februari 2013

KOSMO - Obsesi pada tilam


NEGARA

Obsesi pada tilam

Kena baring untuk uji kesesuaian tidur

DUA model beraksi di atas tilam 'Palatial Crest Majestic Splendour', tilam paling mahal di Malaysia yang dijual pada harga RM42,900 pada Pameran Peralatan Tidur Berjenama Antarabangsa Malaysia Ke-4 di Ikano Power Centre.


PEMILIHAN tilam yang sempurna wajar dititikberatkan. Setelah seharian memerah keringat, tidur yang nyenyak menjadi kewajipan.
Artis yang terkenal dengan lagu Madah Berhelah, Ziana Zain, 40, dan merupakan duta selama lapan tahun kepada tilam Vono keluaran Slumberland Sdn. Bhd., mempunyai definisi tersendiri tentang fungsi tilam pada dirinya.
Menurut ibu kepada dua putera ini, sejak kecil beliau akan menepuk bantal dan tilam beberapa kali sebelum melelapkan mata.
"Ia ibarat perkara wajib walaupun sering ditegur oleh ibu tetapi ternyata pendekatan sedemikian antara petua pada saya untuk mendapat tidur yang lena.
Ziana Zain


"Sebagai artis, saya amat sibuk dan tidur yang lena menjadi impian setiap orang. Namun tidak salah jika kita ada cara tersendiri bukan," katanya yang menjadi duta tilam Vono Asmara dan Romantis.
Kata Ziana lagi, dahulu beliau hanya menggunakan tilam kapas biasa sahaja namun beliau menghadapi kesukaran untuk tidur selain sering diserang sakit belakang.
Ziana memberitahu, apabila mempunyai kerjaya sendiri beliau beralih arah kepada tilam yang lebih selesa.
"Menggunakan tilam Vono, sakit belakang saya berkurangan. Ini kerana tilam Romantis itu mempunyai spring dan kapas asli lembut yang memberi keselesaan yang sempurna.
"Anak-anak turut gemarkannya sampai tilam itu dibuat gelongsor untuk bermain. Saat itu manis kerana kami ketawa besar bersama. Siapa kata tilam tidak mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan," kata Ziana.
Katanya, jika menghadapi kesukaran untuk tidur, beliau akan menonton rancangan televisyen berbentuk dokumentari atau mendengar lagu klasik.
Jelas Ziana, beliau hanya memperuntukkan lima jam sehari untuk tidur kerana kesibukannya malah cuma tidur selepas 12 tengah malam.
"Saya juga tidak suka gantung gambar kerana ini ganggu 'usaha' untuk tidur. Jika tidak boleh tidur juga, saya akan baca novel dan minum milo susu mesti dapat tidur," katanya tersenyum.
Selain itu, pemilihan warna hijau pada cadar dan bantal turut menjadi keutamaannya untuk mendapat tidur yang lena dan sempurna.
"Warna hijau memberi kedamaian dan ketenangan abadi. Saya rasa amat tenang berbanding warna merah ibarat terlalu panas dan ganas," katanya.
Pengurus Produk Slumberland (Malaysia) Sdn. Bhd., Cheng Kai Lin berkata, mereka memilih Ziana Zain kerana penyanyi wanita ini menjadi ikon masyarakat Melayu.
"Beliau merupakan artis Melayu pertama yang menjadi model tilam. Kami membuat begitu untuk menarik pelanggan Melayu kerana tilam Asmara dan Romantis disasarkan untuk golongan tersebut,
"Kadang-kadang orang gelar tilam itu tilam Ziana kerana beliau telah menjadi duta selama lapan tahun dan ibarat kawan karib kami sendiri," katanya.
Bagi Pengurus Besar Bahagian Pertilaman Harvey Norman Malaysia, Eddy Ng, saban bulan dianggarkan sekitar 50,000 buah tilam dijual di pasaran seluruh negara.
Malangnya ramai menganggap tilam bukan sebagai keperluan harian penting. Asalkan boleh tidur lena, tidak ramai yang sedar kepentingan sebenar objek bernama tilam.
"Inilah yang kita cuba ubah dan didik masyarakat mengenai persepsi betul konsep tilam," jelasnya.
Berpengalaman 17 tahun dalam bidang pertilaman, beliau mengakui, ia menjadi antara objektif utama syarikatnya yang terkenal dalam sektor perabot menganjurkan Pameran Peralatan Tidur Berjenama Antarabangsa.
Pameran tahun keempat yang diadakan di pinggir ibu negara itu menampilkan jenama terkemuka termasuk model Palatial Crest (Sealy) berharga RM42,999. Ia merupakan tilam termahal yang dijual di Malaysia.
"Nasihat profesional penting kerana statistik menunjukkan hampir 40 peratus masyarakat kita menghidap sakit tulang belakang berpunca masalah tempat tidur dan cara duduk tidur tidak betul," katanya.
Eddy turut memberi petua bagaimana memilih tilam yang betul iaitu membaringkan badan sendiri di permukaan selama lima minit dan bukan sekadar duduk di tepi tilam sambil menghenyakkan punggung.
Ini kerana setiap orang ada cara tidur tertentu. Elakkan juga hanya mendengar promosi daripada rakan mengenai 'kehebatan' sesebuah tilam memandangkan sesebuah tilam mungkin tidak sesuai untuk individu lain.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0525&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm#ixzz2KbQg1JJR 

0 ulasan:

Catat Ulasan


INFO TERKINI

Terdapat Info Terkini Dan Terbaru Di Tajuk2 Blog Ini....
Klik Dibawah ------->>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

 
Sumber: http://davotmarbun.blogspot.com/2011/11/cara-membuat-tombol-next-page-pada-blog.html#ixzz2XRNxWAPP