Assalamualaikum semua....
Entri special hari ni adalah muhasabah diri utk hari isnin y indah ni.. In shaa Allah....
Jom kita renungkan bersama...
Mutiara
1:
Manusia yang mempunyai arah akan menguasai nasib dan gaya hidupnya.
Mutiara
2:
Untuk jadi hebat tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri.
Mutiara
3:
Ibadah bukan beban, ia hadiah terindah daripada Tuhan.
Mutiara
4:
Tidurlah bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan.
Mutiara
5:
Orang dungu hanya tahu setelah terkena.
Mutiara
6:
Lihat apa yang kita lihat, fikir apa yang kita fikir.
Mutiara
7:
Bukan semua yang disukai memberikan kesukaan akhirnya.
Mutiara
8:
Sabar itu lebih mudah daripada tidak bersabar.
Mutiara
9:
Jangan bertanya kepada kejahilan kerana ia akan menjawab.
Mutiara
10:
Musuh ketat bagi terbaik adalah baik.
Buat betul biar betul-betul.
Mutiara
11:
Apabila semboyan nafsu dibunyikan,
bolehlah berikan ciuman dan ucapan selamat tinggal kepada sebarang kebaikan!
Mutiara
12:
Semakin menuju ke utara, selatan semakin menjauh.
Mutiara
13:
Keinginan ialah penipu dalam diri yang tidak memerlukan izin untuk masuk.
Mutiara
14:
Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali tetapi bersyukur kena selalu.
Mutiara
15:
Emas dan kerikil tidak boleh ditimbang sekali.
Mutiara
16:
Fikir kematian seperti mengaktifkan penggera jam, dengannya kita terbangun;
tanpanya kita terus lena.
Mutiara
17:
Serik ialah pusingan-U terakhir untuk kembali ke jalan betul.
Mutiara
18:
Selarikan apa kita yakin, apa kita bikin.
Mutiara
19:
Ketagihan pujian ialah mukadimah kebinasaan.
Mutiara
20:
Lidah seperti sebilah pedang, sarungkanlah agar terselamat daripada hirisannya.
Mutiara
21:
Apabila semua perkara telah tewas, harapan jangan tewas!
Mutiara
22:
Semakin kita beremosi semakin akal tidak berfungsi.
Mutiara
23:
Sekali kita mahu belajar seisi dunia mahu menjadi guru.
Mutiara
24:
Sekiranya kelebihan diri seluas lautan, kerendahan hati harus selebar bumi.
Mutiara
25:
Jika hati membisik: Bolehkah aku berubah?
Katakan: Tidak! Kepada soalan itu.
Mutiara
26:
Antara lukisan dan tajuk, manakah lebih awal?
Jawapannya: Sudut Pandangan!
Mutiara
27:
Sekiranya Hamman itu baik nescaya Lembah Luxor dipenuhi masjid.
Mutiara
28:
Syukur andainya kita boleh bersyukur.
Mutiara
29:
Sekiranya seseorang bertanya mengenai harga diri, jawapannya ada pada kesetiaan.
Mutiara
30:
Apabila dua orang pahlawan menghunuskan senjata beradu, yang bakal tewas berkata: Aku akan mati hari ini;
yang bakal menang berkata: Aku ingin mati hari ini!
Mutiara
31:
Puppet digerakkan oleh tali.
Manusia punyai tali ghaib yang menggerakkan hidup!
Mutiara
32:
Seorang pendita menuruni lembah, menakluki puncak gunung untuk menguasai hikmat,
ia menemuinya di puncak faham.
Mutiara
33:
Tanya kepada fitrah, jawapannya tidak pernahmenipu.
Mutiara
34:
Pada setiap butiran pasir tersembunyi hikmah.
Mutiara
35:
Kalaulah fatamorgana sememangnya air sudah tentu gurun itu lautan.
Mutiara
36:
Sebelum mendaki, pastikan terlebih dahulu tangga disandarkan ke dinding.
Mutiara
37:
Dua benda perlu bergabung untuk memperolehi hasil,
anak benih dengan tanah,perancangan dengan menuliskannya.
Mutiara
38:
Sedetik menoleh kepada Allah, baru tersedar bahawa selama-
lamanya kita diperhatikan oleh kasih sayang-Nya.
Mutiara
39:
Orang yang hidup untuk memberi akan hidup dilimpahi pemberianTuhan.
Mutiara
40:
Inginkan Tuhan adalah naluri terindah.
YANG BAIK ITU DARI ALLAH!!