Assalamualaikum readers...
Lama dah xupdate blog..Bersawang lelabah nampaknya dah blog ni... (^_^)
Ok untuk update pertama 2014 ni, admin mulakan dengan entri y blh beri manfaat utk semua. Semoga entri ni blh jd sedikit panduan utk kita ke arah keluarga bahagia.. In shaa Allah...
BERSAMA MENGAJAR RUMAHTANGGA BAHAGIA
1) Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2) Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayangakan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3) Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri
4) Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
5) Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6) Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
7) Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8) Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
9) Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu
dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum
habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
10) Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah
tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi
nasihat.
11) Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.(fikirkan)
12) Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,
seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan
jualan langsung.
13) Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
14) Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
15) Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
16) Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
17) Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
18) Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan
seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah
dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai
penghibur dalam rumah tangga.
19) Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
20) Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa
tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
21)
Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang
untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan
tempat percutian.
22) Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang
berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan
kemesraan.
23) Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui
kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan
melahirkan generasi seterusnya.
In shaa Allah dengan izinNya.
Jom sama² membina keluarga bahagia.
Jom sama² membina keluarga bahagia.
peng'copy'an ilmu dari Blog Peribadirasulullah
0 ulasan:
Catat Ulasan