Assalamualaikum semua... (^_^)
Entri kali ni admin petik dari artikel Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Admin btl² tertarik dgn artikel beliau & admin nak share dengan semua.. In shaa Allah yang baik kita panjang²kan & kongsikan bersama..
PESANAN BUAT SUAMI
1-Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja
dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2- Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan
dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses
informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3-Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri
atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias
isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4-Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada
mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu
syahwat saja.
5-Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga
anak. Benih dari awak juga.. Ada
suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami
duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6-Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau
relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu
hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan
suami lepas tangan.
7-Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit
lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor
ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8-Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu
isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang
best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau
tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat
dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9-Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz
badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam
cermin dulu.
10-Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu
kenapa boleh control kentut?
11-Hormatilah ibubapa dan kaum keluarga isteri
walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda
dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12-Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan
rumahtangga.
13-Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi
boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya
perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah
dia rela nak tolong.
14-Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka
baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam
bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu
barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15-Rajin²lah bertanya isteri kalau dia perlukan
bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun
sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16-Hormatilah
isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan
banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh
orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17-Jangan main kayu tiga dengan perempuan
lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak
boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18-Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri,
tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak
mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran
sebelah rumah awak?
19-Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah
bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20-Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu
keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau
pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati
nanti.
21-Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan
ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga,
besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu
isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami
juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk
syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22-Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka.
Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh
kali.
23-Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau
berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk.
Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan
bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi
kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya,
janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman,
“Dan ketahuilah bahawasanya
Allah mengetahui apa yang di dalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"
Pesanan dari admin pula -> Walaupun pesanan ini khas untuk para suami,tak salah klu para isteri pun take note...Sama² la kita bina rumahtangga y bahagia & harmoni. In shaa Allah dengan izinNya jua.
SILA SHARE UTK SUAMI ANDA!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan