~ empireazlayan.blogspot.com ~

~ empireazlayan.blogspot.com ~

Ahad, 26 Mei 2013

Bagaimana nak berubah..??

Bagaimana nak berubah..??

(Aku nak tanya, siapa yang tahu tarikh kematian diri sendiri..?)





“Aku nak berubah, tapi aku tunggu datang seru..”

“Ala..rilek la, masih muda lagi. Tunggu tua nanti baru taubat..”

 “Ala..enjoy-enjoy dulu.. lepas kahwin baru berubah..”

“Aku takde kekuatan la nak berubah..”

“Aku masih belum bersedia untuk berubah..”

“Iman aku masih lemah lagi..”

“Aku nak berubah..tapi takut nanti takde siapa nak kawan dengan aku..”

“Nak berubah? Skema la lu bro.. sekarang zaman moden la, apa barang 
nak jadi orang kampung..”

“Digi, masa untuk berubah.. woha!”



Biasa dengar irama ayat-ayat macam ni..?


Mungkin ramai yang di sekeliling kita nak berubah daripada yang buruk 
ke yang baik, dan yang baik nak ke lebih baik. Tapi macam-macam 
halangan setiap kali nak berubah atau berhijrah tu.

Diakui, RAMAI jugak terjebak lalu terbabas dalam dunia 
jahiliyyah. Macam mana ceritanya, masing2 ada ceritanya.

Kita ada pilihan sama ada nak terus tetap berada dengan cara tersesat, 
atau terus berubah ke arah kebaikan. 

Tapi sepanjang perjalanan tu, macam-macam perkara kita jumpa dan 
hadapi. Tetapi kita perlu yakin, itulah ujian. 

Dan sejak kebelakangan ni, kita nampak dengan kedua biji mata  
sendiri ramai sahabat-sahabat kita atau artis yang sebelum ni boleh 
dikatakan dalam lembah kejahilan, sekarang dah hebat dalam memberi 
tazkirah (peringatan) dan teguran.


Yang perempuannya,

sebelum ini “free hair”, dah bertudung,

yang pakai tudung biasa-biasa, dah pakai tudung labuh,

Yang pakai baju ketat-ketat macam sarung nangka, dah pakai baju 
longgar dan labuh,

Yang tak pakai stokin, dah rajin pakai stokin,

Yang sebelum ni kaki dating dengan pakwe (read : teman lelaki/boyfriend) 
hampir setiap hari, dah clash dan nak berkahwin dengan lelaki yang 
lebih baik,

Yang malas dengar cermah agama, mula rajin untuk pergi masjid, kuliah 
subuh, etc,

Dan macam-macam perubahan la yang kita nampak dengan mata sendiri.


Yang lelakinya pula,

Sebelum ini kaki mengurat awek, dah jadi kaki masjid,

Yang mulutnya sentiasa merokok sana sini, kini mulutnya sentiasa 
berzikir sana sini,

Yang dulunya suka mencarut, mengutuk dan memerli, kini suka 
bertanya hal agama, menasihat dan cakap elok-elok,

Yang selalu suka keluar malam, sekarang dah selalu suka bangun 
malam untuk tahajjud,

Yang sebelum ni suka solat kat bilik lepas tu solat lambat, sekarang 
suka solat kat masjid/surau dan solat awal waktu,

Dan macam-macam perubahan juga yang kita nampak.


Tapi..

Ada juga yang kita jumpa sebelum baik, sopan, rajin ke masjid/surau, 
bertudung dan macam-macam la, tetapi dah berubah ke arah yang 
buruk macam dah berani “free hair”, pakai seksi, sopan semua tu dah 
hilang ke mana tah. Oh! (istighfar..)


Sebagai contoh : 
Dua orang sahabat ini yang baru je berubah, seorang lelaki dan seorang 
lagi confirm perempuan (identiti mereka dirahsiakan).


Yang lelakinya kata,

Sebelum dia berubah, dia selalu keluar malam untuk melepak-lepak dan 
balik hampir pagi, merokok, hampir selalu main daun terup, lengahkan 
solat, dan macam-macam lagi la.

Tapi suatu hari tiba-tiba dia terdetik untuk berubah. Walaupun pada 
mulanya agak berat nak berubah, tapi kerana dia berfikir,

kalau aku tak berubah hari ini, bila lagi nak berubah..?”

Sejak tu, dia terus berhenti rokok, rajin ke surau, tak keluar malam 
lagi dan lain-lain.


Yang perempuannya pula,

Sebelum dia berubah, dia ada pakwe dan banyak kali gak keluar dating, 
tudung pun biasa-biasa je, kadang-kadang pakai tudung lengan pendek, 
dan macam-macam lagi la.

Tapi hidayah Allah tu datang tanpa di sangka melalui jalan yang tak 
disangka juga,

Suatu hari dia clash dengan pakwenya waktu final exam untuk 
semester tu. Tapi sebelum tu, dia berkawan dengan kawan-kawan yang 
sopan, bertudung labuh dan berilmu. Lepas kejadian tragis tu, dia mula 
tekad untuk berubah dan nak jadi macam kawan-kawan dia, pakai 
tudung labuh, sopan.


Lebih kurang macam ni la cerita 2 orang daripada berpuluh-puluh 
sahabat yang dah berubah atau berhijrah.


Macam mana nak berubah..?

Ha, banyak kali juga kita dengar aduan dari sahabat-sahabat, junior atau 
orang sekeliling kita yang nak berubah, tapi tak tahu macam mana.

Disebabkan kita bukan ustaz mahupun penceramah motivasi, kita hanya 
mampu bagi cadangan berdasarkan pengalaman sendiri dan cerita 
sahabat-sahabat kita.


1) Jangan cakap “tunggu datang seru!”, sebab 5 kali sehari Allah menyeru 
kita melalui muazzin iaitu azan yang berkumandang di surau dan masjid 
sebelum kita diseru untuk masuk kubur menjadi mayat.

2) Tekad kan niat untuk berubah. Jangan cakap “ aku tak bersedia lagi..” 
atau sekutu dengannya, sebab ia akan buat syaitan melengahkan lagi 
masa kau untuk bertaubat. Ibarat kata sahabat aku,

“Kalau tak berubah hari ini, bila lagi..?”

Takkan dah jadi mayat baru nak bertaubat?

3) Jangan tunggu tua atau lepas kahwin, korang boleh jamin ke korang 
boleh hidup sampai hari esok?

4) Kalau dah tekad untuk berubah, pergi ambil wudu’ dan solat sunat 
taubat 2 rakaat. Lepas tu, istighfar sebanyak mana yang korang 
mampu, dan berdoa sampai menangis supaya Allah beri kekuatan 
untuk maintain atau istiqomah dalam perubahan korang.

5) Cuba korang fahami makna tujuan korang hidup di dunia ni. Rasanya, 
korang semua tau sebab apa kita dijadikan di dunia ni, iaitu untuk jadi 
khalifah, dan untuk beribadah kepada Allah. Bila korang memahami apa 
tujuan korang diciptakan, insyaAllah Allah akan beri korang kebaikan.

6) Cari kawan-kawan yang rajin ke masjid, yang boleh nasihat, yang 
warak, baik atau apa-apa yang satu geng dengannya. Then kawan-kawan 
yang lagho tu macam mana? Nasihat aku, jangan tinggalkan mereka. 
Kalau korang dah berubah dan yakin boleh maintain, maka bantulah 
mereka pula untuk berubah. Ingat, kawan ini memainkan peranan 
penting dalam perubahan kita. Kalau korang nak berubah, tapi masih 
kawan dengan yang masih tak sedar, nanti takut korang kena kutuk 
atau kritik, lepas tu korang pun tak jadi nak berubah.



7) Kalau lelaki, rajinkan pergi masjid, dengar ceramah atau tazkirah 
dan program yang boleh menaikkan iman dan menginsafkan diri korang. 
Bergaul dengan kawan yang cintakan agama dan ummah.

8) Kalau perempuan, rajinkan untuk pergi cermah atau kuliah agama
dan program yang boleh menaikkan iman dan menginsafkan diri korang. 
Cari kawan-kawan yang sama-sama nak berubah dan yang dah 
berubah dan korang nilailah sendiri.

9) Cari kumpulan yang berbincang tentang agama.

10) Jangan malu dengan perubahan yang korang buat, walaupun korang 
mungkin akan di cela atau di ejek oleh kawan lama korang. Benda biasa 
je tu kalau nak berubah, sebab orang yang di hina dan cerca kerana nak 
berubah untuk dekat kepada Allah, orang itulah yang akan di naikkan 
darjatnya di sisi Allah. Dengan erti kata lain, jangan risau, walaupun 
seluruh dunia tak nak bersama dengan korang, 
Allah pasti bersama korang.

11) Ini perkara yang pasti berlaku, iaitu korang pasti akan di uji. 
Macam mana bentuk ujian tu, Allah sahaja yang tahu. 

12) Yang terakhir sekali, korang kena faham bahawa Islam bukan sahaja 
mahu melahirkan muslim yang SOLEH (baik), tetapi jugak muslim yang 
MUSLEH(mengajak kebaikkan).


suara sumbang , “Kenapa nak ajak orang kepada kebaikan pulak?”

Korang nak masuk syurga sorang-sorang je ke?




Ada banyak lagi cara untuk berubah, korang boleh rujuk ustaz atau 
ustazah yang ada di sekeliling korang. Mereka semua boleh bantu 
korang insyaAllah, tetapi semuanya bermula dari 1 perkara, iaitu


KEMAHUAN, BUKAN PENGETAHUAN.


Semua orang tahu yang syurga hanyalah untuk orang yang baik dan 
neraka untuk mereka yang sebaliknya, tetapi tidak semua mahu 
membuat tindakan untuk berubah.


Last but not least, maut akan datang bila-bila masa je, dengan 
erti kata lain, setiap langkahan kaki korang adalah 
LANGKAHAN MAUT
Anda tak mampu mengubahnya.



0 ulasan:

Catat Ulasan


INFO TERKINI

Terdapat Info Terkini Dan Terbaru Di Tajuk2 Blog Ini....
Klik Dibawah ------->>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

 
Sumber: http://davotmarbun.blogspot.com/2011/11/cara-membuat-tombol-next-page-pada-blog.html#ixzz2XRNxWAPP