Selasa, April 16, 2013
Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan
yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak
kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal,
motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.
Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi
sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan
selama 5 minit. Ada
yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin,
pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan
perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin
seperti itu mesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga
enjin. Demi untuk memastikan jangka hayat enjin panjang dan sentiasa
berprestasi tip top.
Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini
perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu
kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan
di Malaysia ni?
Di negara-negara yang mementingkan penjagaan
alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan
enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah
memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak
diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di
Jepun , United Kingdom
dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang
bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling
melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini
ditegah?
The Canadian Office of Energy Efficiency telah
bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan
memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius,
mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30
saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?
Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di
Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their
design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin
yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah
selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan
cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika
memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu
terus.
Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin
berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang
tidak baik dan tidak berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahan api
tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan
buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke
dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding
silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan
akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar
juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir.
Apabila ia bergaul, sifat minyak pelincir akan berubah dan hilang kecekapannya.
Di samping
itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan
menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu
sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan
api sebanyak 5%.
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya
akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin
yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin
yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura
(idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini
menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan
menjadikan paip ekzos cepat berkarat.
Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat
sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya.
Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan
bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil
pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan
komponen ini termasuklah mengconvert karbon monoksida kepada karbon dioksida,
mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon
yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah
yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat
diminimakan.
Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika
enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi.
Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan
berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah
pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia
akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan
yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi
memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh
beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar.
Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga
Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang
terjadi kepada alam sekitar?
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit
tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu
membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit.Mari kita
lihat apa pula kebaikan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan
memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah
semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin
sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang
bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula
menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya
supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap
inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang
anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen
yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh
pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan
api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin.
Untuk memastikan crankshaft ini
berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin
dalam keadaan idling?
Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di
waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak
diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu
perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang
kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka
tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau
boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan
tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping,
layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar
hidup.
Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan
pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin
jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti
tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang
dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan
dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh
menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang
ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin
dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta
ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke
atmosfera yang membawa pemanasan global.
Hmmmm...ilmu baru kan??
So...anda fikir²kanlah dan selamat beramal..
Yang baik kita kongsi dan sampaikan...
DAN
V
V
V
V
V
V
APA LAGI YANG TERBAIK????
V
V
V
V
Gunalah JTX 1000 utk kebaikan anda semua
v
v
Terbaik dari ladang habaq maaaiiii!!!
INFO TERKINI
Terdapat Info Terkini Dan Terbaru Di Tajuk2 Blog Ini....Klik Dibawah ------->>>>>
0 ulasan:
Catat Ulasan