HIDUP NI UMPAMA RODA, KADANG KITA DI
ATAS KADANG KITA DI BAWAH.
HIDUP JUGA KADANGKALA TIDAK ADIL,
YANG BERKUASA TERUS MEMERINTAH DAN YANG LEMAH TERUS DITINDAS.
NAMUN APA SAJA YANG BERKAITAN DENGAN HIDUP, KITA HARUS
HADAPI.
HIDUP TETAP HARUS DITERUSKAN WALAU BERLIKU DAN BERDURI.
AL KISAH SEMUT HITAM
DI SEBUAH
BUSUT TINGGAL BEBERAPA KELUARGA SEMUT, DIANTARANYA SEMUT API, SEMUT MERAH,
SEMUT HITAM DAN SEMUT GULA. SEMUT DIKENALI DENGAN SIKAP YANG RAMAH, RAJIN
DAN SENTIASA BEKERJASAMA ANTARA SATU SAMA LAIN.
SEMUT MERAH – TERKENAL KERANA KEGAGAHANNYA MENJADI PEMIMPIN
KESELAMATAN DAN KEMANAN KELUARGA SEMUT
SEMUT GULA – TERKENAL KERANA KEKAYAANNYA DENGAN STOK
MAKANAN YANG TAK PERNAH SURUT
SEMUT HITAM
–
TERKENAL KERANA KERAJINANNYA
YANG TAK KIRA MASA
PADA SUATU HARI
BERLAKU BANJIR BESAR HINGGA MENYEBABKAN TEMPAT TINGGAL MEREKA DITENGGELAMI
AIR. SEMUA KELUARGA SEMUT BERPAKAT UNTUK BERPINDAH KE KAWASAN YANG LEBIH
TINGGI DAN SELAMAT. AKHIRNYA MEREKA MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK TINGGAL DI
ATAS BATU HITAM. SEMUA SEMUT BEKERJASAMA DIANTARA SATU SAMA LAIN DALAM
PROSES PENGHIJRAHAN MEREKA. SEMUT MERAH DILANTIK SEBAGAI PEMIMPIN.
SEMUT API DIAMANAHKAN MENJAGA KESELAMATAN SEMUA SEMUT DAN SEMUT GULA DIARAHKAN
UNTUK MEMASTIKAN TIADA SEMUT YANG AKAN MATI KELAPARAN. KETIGA² SEMUT INI
MENGARAHKAN SEMUT HITAM UNTUK MELAKSANAKAN TUGAS YANG DIBERIKAN KEPADA
MEREKA.
MENOLONG SEMUT YANG TUA / MENGANGKAT BARANG YANG BERAT
DAN BANYAK LAGI.
AKHIRNYA PADA
MALAM YANG KELAM MEREKA MERASA AMAT LETIH, MEREKA PUN BEREHAT SETELAH
SEHARI SUNTUK MENGURUSKAN PERPINDAHAN MEREKA. SEMUA SEMUT BERKUMPUL
KECUALI SEMUT HITAM YANG MASIH GIAT MENERUSKAN KERJA² MENGURUSKAN MEREKA YANG
MEMERLUKAN BANTUAN.
PENGHIJRAHAN KITA”
SEMUT MERAH – BANGUN MENDABIK DADA “SUDAH MENJADI KETURUNANKU
GAGAH DAN PERKASA”
KETUA SEMUT – “TERIMA KASIH SEMUT API KERANA MENJAGA KESELAMATAN
KITA”
SEMUT API – BANGUN DAN TERSENYUM BANGGA “KERANA ITU NAMAKU
SEMUT API”
KETUA SEMUT – “TERIMA KASIH SEMUT GULA KERANA MEMBEKAL MAKANAN
YANG CUKUP PADA KITA”
SEMUT GULA – DENGAN BONGKAK MENJAWAB “KERANA ITU KAMU SEMUA
MESTI BERJIMAT SEPERTI AKU. BARU BOLEH KAYA..”
SEMUA SEMUT
MEMBERIKAN TEPUKAN YANG GEMURUH PADA MEREKA YANG DI SEBUTKAN OLEH KETUA
SEMUT. NAMUN SEDIKIT PUN APA YANG DILAKUKAN OLEH SEMUT HITAM TIDAK
DISEBUT OLEH KETUA SEMUT. MALAH PADA MALAM YANG KELAM ITU SEMUT HITAM
SEOLAH² TIDAK WUJUD DI MATA SEMUT² LAIN. WALHAL SEMUT HITAMLAH TULANG
BELAKANG PENGHIJRAHAN MEREKA. SEMUT HITAM YANG MASIH GIAT BEKERJA
MEMANDANG MEREKA YANG LAIN DENGAN SAYU. DI HATI KECIL MEREKA BERKATA
“DEMI ALLAH KAMI IKHLAS MELAKSANAKAN TUGAS YANG TELAH KAU AMANAHKAN PADA KAMI
YA ALLAH” . LALU SEMUT HITAM PUN MELAKSANAKAN KERJA MEREKA HINGGA SELESAI
TANPA MENGHARAP APA² BALASAN DARI SEMUT² YANG LAIN.
-TAMAT-
KESIMPULAN
:
KEIKHLASAN ITU UMPAMA SEMUT HITAM DI ATAS BATU HITAM DI
MALAM YANG KELAM..
IA ADA TAPI TIDAK KELIHATAN..
DALAM HIDUP KITA SELALU DI PERGUNAKAN
DAN DIMANFAATKAN OLEH ORANG LAIN.
TAPI PERCAYALAH...
BILA
KITA IKHLASKAN SEMUANYA, IN SHAA ALLAH SESUATU YANG MANIS DI DEPAN TELAH ALLAH
JANJIKAN UNTUK KITA …
-ZIYAN
ACHIK-
0 ulasan:
Catat Ulasan