~ empireazlayan.blogspot.com ~

~ empireazlayan.blogspot.com ~

Rabu, 9 April 2014

BBpus Collagen

Holla readers..
Assalamualaikum...
Hari ni kita belajar ckit mengenai  collagen vs kecantikan kulit.. Zaman sekarang ni semua org nak kulit cantik, sampai sanggup berabih duit utk kecantikan kulit nak²  kulit muka. Siap ade y sanggup cucuk botox lg.. Ayyoooo xsakit ka akak????? Kadang tu ade y nk ambik collagen dgn kaedah cucuk gak... hissshhhh cucuk lg.... Seriauu ngan jarum ler teman ni... Wahai wanita... Kenapa perlu bersakit² utk cantik?? Minum aje dah... Haaaa kt cni admin nk suggest pd semua the best collagen ever ~BBPLUS COLLAGEN~... Murah mudah dan berkesan.. In shaa Allah.. Jom kita baca  ckit info mengenai apa fungsi collagen pd kulit dan kelebihan produk ni...


Penuaan merosakkan kolagen dan seterusnya merosakkan kulit

Kolagen membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.

Faktor penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fiber protein, fibroblas dan vitamin yang diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen. Kekurangan kolagen adalah antara faktor penyebab terjadinya proses penuaan kulit.


10 Keunikan BB Plus

1. Dos yang Efektif
-> Hanya 1 paket (5g) setiap hari

2. Kandungan peptida kolagen yang kaya dan tersedia
-> Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3k saiz Dalton) yang sedia diserap.

3. Selamat
-> Risiko terhadap pencemaran merkuri dan radiasi adalah sangat rendah.
-> Bebas daripada bahan beracun

4. Perlindungan antioksida tambahan
-> Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas

5. Anti Alahan dan Anti Radang
 
-> Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan  ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit

6. Ko-faktor tambahan
-> Vitamin C dan Roselle menguatkan rantaian kolagen

7. Meningkatkan Kualiti Kulit
-> Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi

8. Manfaat Tambahan
-> Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang membantu mengurangkan kesakitan akibat osteoarthritis.

9. Rasa Enak
-> Rasa enak campuran 100% jus blackcurrant dan jus roselle, tiada bau ikan

10. Tanpa Gula dan Kolesterol
-> Gula gantian semulajadi dengan Indeks Glisemik yang rendah, sesuai untuk para diabetes.


7 Hasil Kulit Cantik

1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari


dan.....yang paling penting sekali ditanggung halal..

so.. ape lg??? pada sesiapa y berminat dan ingin maklumat lanjut mengenai produk ini, blh la hubungi admin 

 TAK PERLU SAKIT UNTUK SIHAT DAN CANTIK!!

Isnin, 7 April 2014

Fanz Family Biography


Assalamualaikum....Hye Readers!!!
Ari ni rasa macam nk cerita biografi Fanz Family. Slalu kt fb cerita pasal Fanz Family. Tp kebanyakkan xtau pn ape dia FANZ tu... So... Ni dia!!!

Al kisah maka tersebutlah kisaaaaahhhhhh....

Jeng..Jeng...Jeng......
Empat sekawan bersatu menjadi geng..

                                                  F : Fauziah
                                                  A : Aziyanti
                                                  N : Noraniza
                                                  Z : Zaris Sofea
Sebenarnya kami jumpa & sekelas dr Form 1 lg tahun 2000, tp kami get close masa Form 3 tahun 2002


Banyak suka duka yang kami kongsikan sama². Bak lagu Black "ketawa bersama, menangis bersama"...Umpamanya cenggitu laa.. Dari kami sekurus MELMAN sampailah kami sekembang GLORIA...kihkihkih....
hmmm... Rindu lak time muda remaja... Lagi² masa kami Form 5 tahun 2004..

Walaupun tahun berlalu, kami terpisah jauh sbb masing² bw haluan masing², tp persahabatan kami xpernah pudar @ jauh... 
Geng, "walau raga kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat,bila kau rindu pejamkan matamu, dan rasakan a a a aku..."

2005-2006
Kami semua msk form 6... FAN satu skolah, Z je len skolah,sbb dia satu skolah ngan bopren dia...hihihi

2007
F & N keje 1 tempat @ Shah Alam. A keje @ Putrajaya. Z lak keje @ Kuala Selangor.. Terpisah sudah... Sbb masing² dah ke alam remaja & perlu cari kerjaya. Aaaa mencari cinta skali kot.. (^_-) gataiiii..... Sampai la sekarang, F A Z msh kerja kat tempat y sama except N, sbb skrg N stay @ Puncak Alam.

2009
Kisah cinta y membawa bahagia hingga ke jinjang pelamin. 
♥ untill jannah ♥ in shaa Allah dengan izinNya jua...
-> Pada 17 Julai 2009 Z menamatkan zaman bujangnya & married with bopren y 1 skolah ngan dia mse Form 6 tu MUHAMAD HIDAYAT (actually deme mmg da bercinta dr sebelum tu lg..) dan alhamdulillah jodoh deme mmg panjang....Sape kata cinta monyet xblh sampai ke jinjang pelamin kan??? Ofcoz la blh, len la kome bercinta ngan monyet, mmg x kejinjang pelamin laaaa ceghiternyer..ye x? Ate ape giler kome nk kawen ngan monyet ye x????Yee...Yee...Yeee.... (*_*)

-> Pada 07 Disember 2009 N juga tamatkan zaman singlenya & kawen dengan jejaka pilihan hatinya HAZRUL IZAM...Alhamdulillah cepat jodoh kwn² teman ni.....Klu da sampai seru Allah da kata sampai masanya deme hidup berteman, nape nk di tolak...Kan??Kan??Kan???
2010
13 Mac 2010 our 1st baby boy MUHAMAD ZAYYRUL IQRAM dilahirkan... Alhamdulillah...Terima kasih Allah atas kurniaanMu.. Yeeaaaaa!!!!!! Kitorg semua da jadi ummi mummy ibu & mama...Happy sgt²...Walaupun mama y lahirkan Iqram tp ummi mummy & ibu tetap dapat rasa kebahagiaan y sama dengan kelahiran Iqram kat bumi Allah ni..
2011
->Pada 1 Januari 2011 giliran A pula menamatkan zaman enjoynya & married with abg bomba MUHAMMAD AZLAN y baru sebulan dia kenal. Org kata jodoh tu bukan di ukur dengan jangka masa perkenalan. Cinta y sakit biarkan pergi.. Cinta y bakal datang blh dipupuk dan lebih indah selepas kawen, in shaa Allah dengan izinNya. Hanya perlu yakin dan tabah dengan setiap ujianNya..Dan alhamdulillah mike juga bahagia mcm Z & A....
->Pada 19 Januari 2011 our 2nd baby girl NUR QASEH QALESYA dilahirkan... Wow!!!! FANZ da ade baby  boy & girl... Done!! Makin teruja lak kami semua rasa. Macam dah ada 1 keluarga y lengkap.
2012
-> F 1 & only members y lajak solo lg, finally bertemu jodoh dgn sepupu sepapat bau² entut c A y bernama M D HELLESZUWAN..hihihi.. Pada 10 November 2012 mereka diijabkabulkan.. Alhamdulillah.. Sampai gak seru kawan kami sorg ni... Maka sudah berpunyalah semua ahli FANZ..Hooraaaayy!!! Laris mcm pisang goreng panas!!!
2013
-> Pada 16 Februari 2013 MUHAMAD ISYRAFF RIZQI putera ke 2 FANZ dilahirkan. Bila baby ke 3 FANZ dilahirkan A terasa nak anak sendiri lak.. F N Z sangat menjaga hati A supaya xterguris. Almaklumlaaaa.... A da 2 tahun kawen tp Allah xkurniakan zuriat lg..
-> Pada 17 September 2013, walaupun A kawen dlu F kawen kendian, F lebih murah rezeki. Allah kurniakan FANZ seorg lg anak... Ni dia putera kami y ke 3 PUTERA ARSYAD. Ambooiiii dlm diam kami da ade 4 org anak...
2014
-> Allah swt sentiasa ada bersama hambaNya y sabar & tabah mengharungi dugaanNya. Alhamdulillah penantian selama 3 tahun A utk menjadi seorg mummy sebenar tercapai. Syukur, terima kasih Allah atas pemberianMu y terindah. Pada 13 Januari 2014 lahir la puteri ke 2 kami AINNURZIYAD DAMIA. Finally kak Qisya da ade geng..Now kami da ade 5 orang anak. And in shaa Allah coming soon 1 lg anak akn hadir dlm FANZ FAMILY in diz year gak. Teruja ho0keeyy?? (O_o)

Alhamdulillah tahun ni persahabatan kami telah mencecah lebih sedekad. Doa kami supaya persahabatan kami akan kekal selama²nya. In shaa Allah dengan izin & restu Mu jua.Thats why FANZ become FANZ FAMILY... Dari 4 sahabat, kami menjadi 1 family y besar.


Dua tiga kapal belayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
kerna..

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
oh oh..

Berakit-rakit kita ke hulu
berenang-renang kita ke tepian
kita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kita
menjadi..

Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya setia…

Tiada bukit yang terlalu tinggi
untuk kita daki bersama
dan tak ada laut yang terlalu dalam
untuk diselami…

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya ohh..

Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya… setia…

sayang korang slalu buat selamanya!!!!







Ahad, 6 April 2014

BVSM boleh merawat atau mengelakkan bayi kena JAUNDIS



JAUNDIS adalah penyakit yang paling merisaukan para ibu yang br melahirkan anak.. Semua orang  tahu ape itu JAUNDIS.. Tapi xsemua orang tahu cara terbaik untuk merawat atau mengelakkan bayi dari kena jaundis.Boleh dikatakan hampir  99% baby baru lahir  akan kena jaundis. Mengalirlah airmata ibubapa lihat anak kena cucuk sana sini dan duduk dlm incubator. Adakah itu sahaja cara untuk rawat JAUNDIS?


Bagaimana untuk mengelakkan bayi baru lahir kena jaundis?
Mengikut  petua org  lama, kena jemur baby kat bawah sinaran matahari pagi… Tapi klu mommys  sekalian perasan nurse or doctor mesti pesan dan larang kita jemur anak kan? So,nak buat macam mana??  Haaaa….. Ni dia menyelesaian atau alternatif  alaf  baru bagi ibubapa yang prihatin dan sayangkan anak untuk elak baby kena jaundis….


 
 


Apa menda tu?? Kat atas ni la BVSM atau Bio Velocity Sleep Mate..
Nak tahu mcm mana BVSM blh merawat atau mengelakkan baby kena jaundis?? Cuba perhatikan teknologi yang  ada pada BVSM ni.


 

Ada cahaya matahari kan?? Unsur yang  sama tp dimanfaatkan dengan kaedah yang berbeza.. Cara nak guna pun mudah sahaja..


 Baring jer.. (^_^)

Testimoni  JAUNDIS

Biasa la klu ada produk mesti kena ada testimoni kan? Xperlu bagi testimoni orang lain,ini adalah testimoni anak admin sendiri… Terkini 2014.. 

Ainnurziyad Damia dilahirkan pada 13 Januari 2014 pukul 12.11 pagi ..
Alhamdulillah  Mia xkena jaundis. Hari pertama Mia admin da baringkan Mia beralaskan BVSM.
 



Alhamdulillah 3 hari kat hospital Mia tetap xkena Jaundis (3hari sbb admin bersalin czer). Hari² seterusnya bila da ade buku rekod kesihatan baru senang nak monitor kan? Untuk rekod juga semua sepupu sepapat Mia kena JAUNDIS.. Nurse yang dtg check up Mia hari² pn kata dlm 5 orang yang dia check Mia sorang xkena JAUNDIS. Kat sini admin sertakan juga rekod kesihatan Mia yang mana ada catatan Mia xkena Jaundis.
 







Dalam kita dok sayang² duit kita,adakah lebih dari kita sayang  pada anak kita?? Fikir-fikirkanlah yang terbaik untuk family kita. Sebab BVSM bkn sahaja alternative  terbaik untuk merawat atau mengelakkan bayi dari kena jaundis  malahan sangat berguna untuk mcm² lg masalah kesihatan keluarga.. 

Diantaranya ialah.....





Admin syorkan sgt pada semua terutama ibu yang sedang mengandung untuk guna BVSM.. Selain dari blh melegakan sakit-sakit or lenguh sepanjang mengandung, bila bersalin nnt in shaa Allah BVSM bermanfaat pd baby anda pula.


So pada sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut dan berminat dengan produk ini blh berhubung dgn admin di talian



Sesungguhya KESIHATAN ADALAH SESUATU YANG PALING BERHARGA DALAM HIDUP..Duit blh d cari..Kesihatan sekali hilang xkan kembali seperti sebelumnya..
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT!!
 


Rabu, 2 April 2014

23 TIPS BERSAMA MENGAJAR RUMAHTANGGA BAHAGIA

Assalamualaikum readers...
Lama dah xupdate blog..Bersawang lelabah nampaknya dah blog ni... (^_^)
Ok untuk update pertama 2014 ni, admin mulakan dengan entri y blh beri manfaat utk semua. Semoga entri ni blh jd sedikit panduan utk kita ke arah keluarga bahagia.. In shaa Allah...
BERSAMA MENGAJAR RUMAHTANGGA BAHAGIA
1) Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2) Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayangakan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3) Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri
4) Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
5) Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6) Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
7) Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8) Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
9) Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
10) Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
11) Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.(fikirkan)
12) Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
13) Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
14) Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
15) Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
16) Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
17) Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
18) Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
19) Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
20) Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
21) Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
22) Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.
23) Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.
In shaa Allah dengan izinNya.
Jom sama² membina keluarga bahagia.
peng'copy'an ilmu dari Blog Peribadirasulullah



Ahad, 6 Oktober 2013

2 TEAM Favorite

2 TEAM Favorite aku kini menyinar setelah lama menyepi...

TERBAIK












Isnin, 30 September 2013

12 Perkara yang wajib kita ingati


Cara mudah untuk mendapatkan pahala walaupun setelah meninggal, iaitu menyampaikan ilmu yang bermanfaat selagi mereka mengamalkan, pahala akan tetap ada.
In shaa Allah, dengan izinNya..


Jumaat, 27 September 2013

EMPIRE : BIO VELOCITY SLEEP MATE

EMPIRE : BIO VELOCITY SLEEP MATE
















INFO TERKINI

Terdapat Info Terkini Dan Terbaru Di Tajuk2 Blog Ini....
Klik Dibawah ------->>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

 
Sumber: http://davotmarbun.blogspot.com/2011/11/cara-membuat-tombol-next-page-pada-blog.html#ixzz2XRNxWAPP