~ empireazlayan.blogspot.com ~

~ empireazlayan.blogspot.com ~

Selasa, 17 Jun 2014

AIS BAIK UNTUK KESIHATAN???

Assalamualaikum readers...
Waahhh tajuk entry kali ni mcm seeejuuuukkkk jer....
AIS BAIK UNTUK KESIHATAN??
Anda percaya x?? Haaa...Nak tau lebih lanjut u alls kena la baca... Info ni pn admin dpt dr FB member...Credit to my best fren Noor Sue Hana Sue atas info y menarik ni...FYI admin da minta kebenaran dr dia untuk kongsikan info menarik ni dengan semua..
LETS READ!!
Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.
Teruskan membaca untuk lebih memahami.
Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.
~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais
“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarnya ada kebaikan didalam keburukan.
Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
   

Selasa, 15 April 2014

10 Ungkapan yang menjadikan kita Kafir tanpa disedari

Assalamualaikum semua...
Another entry utk muhasabah diri...
Ingatan utk diri sendiri & utk dikongsi dgn semua juga..
 

Antara contoh-contoh dialog menjadi Kafir dalam tak sedar:

1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. (jatuh kafir)
2- Tak payah la simpan2 janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah, beselerak je muke aku tengok. (jatuh kafir)
3- Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kafir)
4- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh kafir)
5- Senyum la sket, muke masam je dah macam malaikat mungka nakir dah aku tengok. (jatuh kafir)
6- Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kafir)
7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kafir)
8- Erm.. kalo murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kafir)
9- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... (jatuh kafir)
10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kafir)
"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta" -Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.
p/s: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yg kuddus, selawat serta zikir - pesanan pada semua dan diri sendiri.

JANGAN EGO, SHARE JIKA ANDA SAYANGKAN ISLAM.
IN SHAA ALLAH YANG BAIK KITA SAMPAIKAN WALAUPUN SATU AYAT.

Isnin, 14 April 2014

hOt!!! ♥ Premium Beautiful Elegance ♥

Holla!!! Holla!!! Hollaaaa!!!
Assalamualaikum goergous (^_^)
Wow!!!! Premium Beautiful sekarang ada keluaran terbaharu & lebih dikenali sebagai Premium Beautiful Elegance....Jom kita teroka ...


Inovasi Baru

  • Menawan dengan kontur badan yang memukau
  • Keselesaan dan kebolehubahan penuh dengan fabrik yang meregang 360°
  • Fabrik yang sangat bermutu tinggi membenarkan peredaran udara yang baik dan mengurangkan kepanasan
  • Selamat secara ergonomik di mana rekaan yang anggun dan inovatif dengan sinaran infra merah menggalakkan peredaran darah
Apakah yang menjadikan PB unik & istimewa???


Terbaiklah!!! 
Dengan memakai PB, selain daripada utk kecantikan dan mendapat bentuk badan ideal, in shaa Allah kesihatan anda juga terjamin. Nak tau macam mana dgn memakai PB ni kesihatan kte blh terpelihara? Hmmm tgk ni...
Leukimia bukan sebarang penyakit y mudah sembuh tau...Alhamdulillah adik comey ni sekarang da makin cantik & sihat... Syukur dengan izinNya jua..

INFO PENTING !!!


->Korset sebenarnya sudah wujud selama berabad-abad sebagai kaedah yang terbukti untuk membantu badan wanita bentuk menjadi lebih menarik dan seksi. Korset Premium Beautiful yang termasuk FIR mewujudkan sinergi lengkap yang membantu membentuk tubuh badan wanita, membantu dalam mengurangkan & mengekalkan berat badan yang sihat, di samping memperbaiki peredaran darah dan meningkatkan metabolisme.

->Premium Beautiful adalah kesihatan korset No 1 di Malaysia dan mungkin satu-satunya di Dunia. Ia menggunakan & mengandungi teknologi FIR terutamanya untuk memperbaiki peredaran darah. Ia telah membantu beribu-ribu wanita Malaysia yang berpegang kepada kecantikan mereka, keyakinan diri dan ingin menjadi lebih sihat.

->F.I.R - Far Infrared Rays, apakah ia?
Ray Far Infrared merupakan salah satu gelombang tenaga yang terkandung dalam Cahaya matahari. Tidak seperti Ultraviolet & Gelombang Mikro yang boleh memudaratkan, FIR mempunyai kesan positif dan terbukti memberi manfaat kepada manusia. FIR diterima dengan meluas sebagai terapi alternatif untuk pelbagai penyakit.

TAWARAN HEBAT !!!!
Waahhh waahhh wahhhhh!!! Boleh byr ansuran you!! Mcm beli TV kat pasaraya lak!! Klu rumah nak cantik beli tv LCD 50 60 inci,u olls hutang gak kan???Lagi mahal ye x??Teman da survey da rege tv klu besau tu mmg mkn 3 4 ribu gak..Nak²  u olls beli hutang,mmg berganda la rege dia kn??Boleh pulak...Apa kata tuan rumah beli PB utk cantik & kesihatan diri pula?? Rege PB xsmpi pon 3 ribu...Lg murah dr rege TV ler tu..Lg 1 TV warranty setahun 2 je,paling lama pn 5 thn kot (ade ke??) tp PB ni dia ade WHOLE LIFE WARRANTY...Haaaa ko hado??? Da la murah,warranty seumur hdp pula...Percaya laaaa...Tak rugi pon klu beli PB ni..In shaa Allah....

so.. ape lg??? pada sesiapa y berminat dan ingin maklumat lanjut mengenai produk ini, blh la hubungi admin 

JOM KEKAL ANGGUN,CANTIK & SIHAT DENGAN 
PREMIUM BEAUTIFUL!!
KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA (^_-)















Ahad, 13 April 2014

40 Mutiara kata daripada Dr. Robiah-Pakar Motivasi

Assalamualaikum semua....
Entri special hari ni adalah muhasabah diri utk  hari isnin y indah ni.. In shaa Allah....
Jom kita renungkan bersama...


Mutiara 1:
Manusia yang mempunyai arah akan menguasai nasib dan gaya hidupnya.
Mutiara 2:
Untuk jadi hebat tidak perlu jadi orang lain, jadilah diri sendiri.
Mutiara 3:
Ibadah bukan beban, ia hadiah terindah daripada Tuhan.
Mutiara 4:
Tidurlah bersama kesyukuran, jangan tidur bersama kesedihan.
Mutiara 5:
Orang dungu hanya tahu setelah terkena.
Mutiara 6:
Lihat apa yang kita lihat, fikir apa yang kita fikir.
Mutiara 7:
Bukan semua yang disukai memberikan kesukaan akhirnya.
Mutiara 8:
Sabar itu lebih mudah daripada tidak bersabar.
Mutiara 9:
Jangan bertanya kepada kejahilan kerana ia akan  menjawab.
Mutiara 10:
Musuh ketat bagi terbaik adalah baik.
Buat betul biar betul-betul.
Mutiara 11:
Apabila semboyan nafsu dibunyikan, bolehlah berikan ciuman dan ucapan selamat tinggal kepada sebarang kebaikan!
Mutiara 12:
Semakin menuju ke utara, selatan semakin menjauh.
Mutiara 13:
Keinginan ialah penipu dalam diri yang tidak memerlukan izin untuk masuk.
Mutiara 14:
Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali tetapi bersyukur kena selalu.
Mutiara 15:
Emas dan kerikil tidak boleh ditimbang sekali.
Mutiara 16:
Fikir kematian seperti mengaktifkan penggera jam, dengannya kita terbangun; tanpanya kita terus lena.
Mutiara 17:
Serik ialah pusingan-U terakhir untuk kembali ke jalan betul.
Mutiara 18:
Selarikan apa kita yakin, apa kita bikin.
Mutiara 19:
Ketagihan pujian ialah mukadimah kebinasaan.
Mutiara 20:
Lidah seperti sebilah pedang, sarungkanlah agar terselamat daripada hirisannya.
Mutiara 21:
Apabila semua perkara telah tewas, harapan jangan tewas!
Mutiara 22:
Semakin kita beremosi semakin akal tidak berfungsi.
Mutiara 23:
Sekali kita mahu belajar seisi dunia mahu menjadi guru.
Mutiara 24:
Sekiranya kelebihan diri seluas lautan, kerendahan hati harus selebar bumi.
Mutiara 25:
Jika hati membisik: Bolehkah aku berubah?
Katakan: Tidak! Kepada soalan itu.
Mutiara 26:
Antara lukisan dan tajuk, manakah lebih awal?
Jawapannya: Sudut Pandangan!
Mutiara 27:
Sekiranya Hamman itu baik nescaya Lembah Luxor dipenuhi masjid.
Mutiara 28:
Syukur andainya kita boleh bersyukur.
Mutiara 29:
Sekiranya seseorang bertanya mengenai harga diri, jawapannya ada pada kesetiaan.
Mutiara 30:
Apabila dua orang pahlawan menghunuskan senjata beradu, yang bakal tewas berkata: Aku akan mati hari ini;
yang bakal menang berkata: Aku ingin mati hari ini!
Mutiara 31:
Puppet digerakkan oleh tali.
Manusia punyai tali ghaib yang menggerakkan hidup!
Mutiara 32:
Seorang pendita menuruni lembah, menakluki puncak gunung untuk menguasai hikmat, ia menemuinya di puncak faham.
Mutiara 33:
Tanya kepada fitrah, jawapannya tidak pernahmenipu.
Mutiara 34:
Pada setiap butiran pasir tersembunyi hikmah.
Mutiara 35:
Kalaulah fatamorgana sememangnya air sudah tentu gurun itu lautan.
Mutiara 36:
Sebelum mendaki, pastikan terlebih dahulu tangga disandarkan ke dinding.
Mutiara 37:
Dua benda perlu bergabung untuk memperolehi hasil,
anak benih dengan tanah,perancangan dengan menuliskannya.
Mutiara 38:
Sedetik menoleh kepada Allah, baru tersedar bahawa selama- lamanya kita diperhatikan oleh kasih sayang-Nya.
Mutiara 39:
Orang yang hidup untuk memberi akan hidup dilimpahi pemberianTuhan.
Mutiara 40:
Inginkan Tuhan adalah naluri terindah.


YANG BAIK ITU DARI ALLAH!!

Khamis, 10 April 2014

PESANAN BUAT SUAMI - Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah


Assalamualaikum semua... (^_^)
Entri kali ni admin petik dari artikel Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Admin btl² tertarik dgn artikel beliau & admin nak share dengan semua.. In shaa Allah yang baik kita panjang²kan & kongsikan bersama..



  PESANAN BUAT SUAMI


1-Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2- Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3-Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4-Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5-Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6-Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7-Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8-Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9-Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10-Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11-Hormatilah ibubapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12-Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13-Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14-Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15-Rajin²lah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16-Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17-Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18-Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19-Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20-Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21-Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22-Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

23-Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, 
“Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang di dalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"



Pesanan dari admin pula -> Walaupun pesanan ini khas untuk para suami,tak salah klu para isteri pun take note...Sama² la kita bina rumahtangga y bahagia & harmoni. In shaa Allah dengan izinNya jua.


 SILA SHARE UTK SUAMI ANDA!!!


INFO TERKINI

Terdapat Info Terkini Dan Terbaru Di Tajuk2 Blog Ini....
Klik Dibawah ------->>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

>>>>>

 
Sumber: http://davotmarbun.blogspot.com/2011/11/cara-membuat-tombol-next-page-pada-blog.html#ixzz2XRNxWAPP