Ahad, Jun 09, 2013
Ramai juga yang terlupa
bahawa bahagia itu adalah satu pilihan
Ya!
Satu pilihan yang selalu dilupakan orang
Pandanglah setiap yang terjadi dalam hidup kamu sebagai satu kebahagian
Walau jauh tersesat waktu sedang memandu
Pandanglah ia sebagai satu latihan memandu yang Allah sediakan dicelah-celah kesibukanmu
Walau dikelilingi oleh orang-orang yang berwajah kelat
Pandanglah ia sebagai satu peluang untuk mengenali lebih banyak ragam
persediaan untuk mendidik generasi hadapan
yang pasti lebih mencabar
pandanglah segala pancaroba
segala derita
segala keserabutan
dengan seribu cahaya positif
dan
anda akan tersenyum
walau kurang seri senyumnya
tapi, anda akan terus memilih untuk senyum
^____________^
insyaAllah
jika bukan hari ini sinar positif itu ditemui
yakinlah!
Allah lebih tahu yang terbaik buatmu
dan Allah lebih tahu
bila masa yang sesuai untuk kamu ketahui hikmah disetiap cubaan dan dugaanmu
dekatkan dirimu dengan Allah
dekatkan dirimu dengan orang-orang yang dekat dengan Allah
dekatkan dirimu dengan bahagia
kerana
bahagia itu tercipta dari hatimu
berbahagialah
kerana bahagia itu sudah ada
hanya mahu atau tidak sahaja
lupakan derita
fikirkan bahagia
derita bukan untuk ditangisi
apatah lagi diratapi
tetapi untuk diselesaikan
Tenanglah!
dan mulalah berfikir cara selesaikan derita dan masalahmu
lantas bahagia itu akan semakin memekar
kerana bahagia itu ada dalam hatimu selalu
insyaAllah
INFO TERKINI
Terdapat Info Terkini Dan Terbaru Di Tajuk2 Blog Ini....Klik Dibawah ------->>>>>